View allAll Photos Tagged rekabentuk
Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini sebelum pembinaannya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam(1821). Rekabentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid AZIZI di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini dihiasi dengan lima kubah utama sebagai simbol lima Rukun Islam.
Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak.
Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu
Masjid Kampung laut mempunyai rekabentuk yang unik dan pembinaan asalnya tidak menggunakan sebarang paku tetapi digunakan potongan kayu dan buluh sebagai pemasak. Setelah dipindahkan ke Nilampuri, konsep ini terus dikekalkan.
Kemahsyuran rekabentuk Masjid Kampung Laut yang unik telah menjadi suatu lambang kemegahan rakyat negeri Kelantan. Penampilan bentuk bumbung bersegi tiga (bertenggek/ bertingkat) menirus ke atas, buah gutung dan menorah adalah lambang keunggulan Masjid Kampung Laut yang sekaligus menyemarakkan lagi keagungan Islam di Kelantan.
Sejarah Bangunan Bangunan yang terletak di Jalan Sultan Kota Bharu adalah bekas pejabat lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Bangunan ini adalah salah sebuah bangunan yang mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang unik di bandar Kota Bharu. Kerja-kerja ubahsuai bangunan ini telah dimulakan sejak awal tahun 1991 dan telah siap sepenulmya menjelang perasmian bangunan tersebut pada 11 November 1991 dengan menelan belanja RM218 000.00. Bangunan yang diubahsuai ini memuatkan Muzium Islam Perpustakaan Islam dan asrama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al-Quran. Bangunan ini asalnya adalah rumah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan iaitu Encik Hassan bin Mohd Salleh 1900-1920 . la dibina pada tahun 1902 dan berasaskan gaya dan ciri-ciri bangunan rumah Melayu Kelantan – Pattani model penghujung abad ke-1-9 dan awal abad ke-20. Bangunan ini diperbuat daripada kayu cengal terpilih dan atapnya pula menggunakan bata buatan Singgora yang terkenal lebar tebal dan kukuh. Berbagai-bagai jenis ukiran menghiasi setiap pintu tingkap dan ruang. Pada setengah tempat pula ukiran-ukiran ini memagar ayat-ayat suci al-Quran yang digubah dalam satu seni reka dan khat yang cantik dan menarik. Daun tingkapnya pula dibuat sedemikian rupa sisik angin untuk mendapatkan udara walaupun tingkap nya tertutup. Terdapat sebuah anjung di bahagian hadapan bangunan ini yang menyerupai beberapa bangunan lain yang berdekatan seperti Istana Balai Besar dan Istana Jahar. Fungsi anjung ini antara lain ialah sebagai tempat untuk menyaksikan pelbagai upacara atau pertunjukan yang sering diadakan di padang Padang Merdeka yang terletak betul-betul di hadapan rumah berkenaart. Pada tahun 1905 bangunan ini dipilih menjadi tempat sambutan lawatan Maharaja Siam iaitu Maharaja Chulalongkorn Rama V ke Kota Bharu . Pada 3 Julai 1917 rumah ini berserta dengan kawasan telah dibeli oleh Mafflis Agama Islam Kelantan MAIK dengan harga RM15 000.00. Pada 9 Ogos 1917 bangunan ini mula dijadikan pejabat Mafflis Agama Islam Kelantan setelah berpindah dari pejabat sementaranya di flinglcat atas bangunan lama Pejabat Tanah Kota Bharu yang terletak di hadapan Istana Balai Besar sekarang sudah tidak ada lagi . Tingkat bawah bangunan ini pernah menjadi tempat belajar murid-murid madrasah Muhammadiah Melayu yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan pada tahun 1917. Penggunaan sepenuhnya keduadua tinglcat bangunan ini menjadi pejabat ialah selepas merdeka apabila sekolah berkenaan berpindah ke bangunan baru diJalan Merbau pada awal tahun 1956. Bangunan ini menjadi Pejabat Majlis Agarna Islam Kelantan selama 72 tahun 6 bulan iaitu mulai 9 Ogos 1917 hingga 15 Februari 1990 apabila Mafflis Agama Islam Kelantan berpindah ke bangunan baru di Jalan Sultan Yahya Petra Lundang. Selama tiga dekad 1920-1940 rumah ini menyaksikan pelbagai peristiwa bersejarah seperti mesyuarat-mesyuarat diskusi forum tempat menterjemah menerbit kitab-kitab dan di sinilah juga pejabat mufti pada masa itu. Pengubahsuaian Sebelum diubahsuai pada tahun 1991 bangunan ini pernah diubahsuai sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1917 dan 1962. Pengubahsuaian ini terpaksa dilakukan bagi menyesuaikan sebuah rumah kediaman kepada ruang-ruang pejabat. Tidak dapat dinafikan bahawa telah berlaku sedikit pindaan dan perubahan daripada rekabentuk asal semasa pengubahsuaian. Beberapa ukiran dan seni khat telah dibuang atau bertulcar tempat tetapi tidak sampai mefigubah ciri-ciri utama bangunan yang asal. Kerja-kerja pengubahsuaian pada tahun 1991 ini adalah merupakan ubahsuai yang paling besar pada bangunan ini. Walaupun ia rnasih mengekalkan ciri-ciri luar bangunan ini tetapi boleh dikatakan hampir keseluruhan ciri-ciri -dalaman seperti struktur bilik tangga dan pintu telah berubah atau dibuang.
Photographer : Greenboy a.k.a Budakijau
::Moroccan Pavilion ini terletak di Taman Botani Putrajaya,ia juga merupakan antara reka bentuk bangunan yg hebat diputrajaya,dengan reka bentuk berkonsepkan islam,Rekabentuk Moroccan Pavilion menarik perhatian saya untuk merakam fotonya disaat pertama kali memadang bangunan ini,foto ini telah dirakam dengan menggunakan NIKON D90 dan foto ini dirakam dgn 3exposure dan melalui pengolahan HDR dlm photomatic::
Exif :
8 July 2012/10:42AM
Shot in NEF
Exposure: 3breaketing
Filter : No Filter
Exposure Program : M
Matering Mode: Pattern
ISO 100
Flash: No
Focal Lenght : 10mm
Exposure Bias : -0.3 step
Camera: Nikon D90
Lens : Sigma 10-20mm f4
White Balance : Daylight
Picture Control : Greenboy Landscape
keep in touch : www.facebook.com/greenboyoriginal or www.flickr.com/photos/budakijau or www.http://500px.com/GreenboyOriginal
View my video for Ramadan
www.youtube.com/watch?v=meA_IR14o8Y&feature=g-upl
Tajuk :
Berlindung Dari Mala Petaka
Hadith :
Daripada Ubai bin Kaab r.a. katanya: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila sampai 1/3 malam baginda pun bangun lalu bersabda, “ Wahai sekalian manusia ingatlah kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan yang pertama (gegaran/tiupan pertama) yang diikuti dengan peristiwa yang amat dahsyat (golombang/tiupan kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati dengan bermacam-macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut). Aku berkata:“ Ya Rasulullah, sesungguhnya aku akan memperbanyakkan selawat ke atasmu, maka sebanyak manakah yang aku perlu berselawat ke atasmu?” Baginda menjawab’ “Seberapa yang banyak kamu kehendaki”. Aku bertanya lagi, 1/4? Beliau menjawab, seberapa banyak yang kamu kehendaki maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan (selamat) kepada kamu. Aku bertanya lagi, “Bagaimana jika separuh?” beliau menjawab, “ Seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah menjadi kebajikan kepada kamu”. Aku bertanya lagi, “Bagaimana jika 2/3?” Baginda menjawab seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan kepada kamu”. Aku bertanya lagi, “bagaimana jika aku jadikan sepenuhnya untuk berselawat kepada mu?” Baginda menjawab, “Oleh yang demikian segala kehendakmu akan dipenuhi dan diampuni segala dosamu”.
(Hassan)
CUSTOMIZED PACKAGING DESIGN (E) & (F)
- FOR FUNCTIONS, OCCASIONS, INDIVIDUAL, ETC
PEMBUNGKUSAN DENGAN REKABENTUK KHAS (E) * (F)
- UNTUK MAJLIS, PERAYAAN, INDIVIDU DAN SEBAGAINYA
Customized packaging design (F)
- for functions, occasions, individual, etc
pembungkusan dengan rekabentuk khas (F)
- untuk majlis, perayaan, individu dan sebagainya
Muzium Diraja Istana Batu ini terletak di kawasan pusat bandar Kota Bharu, Istana Batu dibina pada tahun 1939 pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni almarhum Sultan Muhammad ke-IV. Rekabentuk istana batu ini diilhamkan sendiri oleh Sultan Ismail dan dikurniakan kepada Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab II sebagai hadiah perkahwinan. Bahan istana ini adalah daripada batu.
istana Batu ini pernah menjadi tempat bersemayam Sutan Yahya Petra sehingga tahun 1960. Tahun 1966 istana batu ini telah diubahsuai dan dijadikan kediaman rasmi Dato Tengku Salwani binti almarhum Sultan Yahya Petra.
Istana Batu menyimpan banyak sejarah seperti tempat perkahwinan kerabat-kerabat DiRaja tempat kediaman bagi raja-raja kerabat-kerabat dan tetamu-tetarnu Al-Sultan Kelantan semasa berkunjung ke negeri Kelantan dan sebagainya.
#marijelajahkelateboh
Design Unit from Jabatan Penyiaran RTM and students from local IPTA's recently teamed up on a campaign for the Hari Malaysia 2011 on a giant 60' graffiti wall.
During the one day shoot, motion and interviews was captured using the Canon EOS 7D camera. Watch video here!
Customized packaging design (E)
- for functions, occasions, individual, etc
pembungkusan dengan rekabentuk khas (E)
- untuk majlis, perayaan, individu dan sebagainya
Design Unit from Jabatan Penyiaran RTM and students from local IPTA's recently teamed up on a campaign for the Hari Malaysia 2011 on a giant 60' graffiti wall.
During the one day shoot, motion and interviews was captured using the Canon EOS 7D camera. Watch video here!
Design Unit from Jabatan Penyiaran RTM and students from local IPTA's recently teamed up on a campaign for the Hari Malaysia 2011 on a giant 60' graffiti wall.
During the one day shoot, motion and interviews was captured using the Canon EOS 7D camera. Watch video here!