View allAll Photos Tagged bunga
(Traceyanum x erythraaum) From Santa Barbara Orchid Estate. I don't know if it is a meristem or seedling.
It is a seedling. And it turned to have been registered earlier with the name now shown.
Bunga Bakung - Hymenocalis littoralis (Amaryllidaceae)
Locality : Tepi Dewan Serbaguna KTSN 1, UKM KL, Kuala Lumpur.
Beautiful anggrek (Indonesia) with background a green of golf course in evening, and blue sky. Shot by flash light.
Adonidia merrillii (Becc.) Becc. Belongs to Palmae family, and the common name is Dwarf Royal Palm,Adnidia Palm,Pinang Puyuh. This photo are taken at Kolej Dato Onn near K2D block.
Pokok bunga kertas atau bougainvillea mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun. Tumbuhan ini berasal dari Amerika Selatan. Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga adalah seperti Bougainvillea iaitu sempena nama Louis Antoine de Bougainville seorang Komander Laut Perancis. Pokok Bunga kertas ini tergolong dalam keluarga nyctaginaceae terdiri daripada 250 spesies. Kebiasaanya, pokok bunga kertas menjadi pilihan tanaman hiasan tropika sangat popular kerana ia sangat menarik dan penjagaannya pula mudah. Pokok bunga kertas sering ditanam di taman dan kawasan perumahan. Ketika pokok bunga kertas berbunga, kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik.
Di Malaysia, banyak kacukan telah dilakukan bagi menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak bunga pada tumbuhan. Penjagaan pokok Bunga kertas sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dijaga kerana spesies tumbuhan ini sangat sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika dan khatulistiwa seperti negara kita. Batang pokok bunga itu agak keras dan mempunyai duri yang tajam dan bercabang-cabang yang menjadikannya mudah dibiakkan di mana-mana.
Bunga ini juga mempunyai bahagian yang berwarna-warni yang dinamakan pengasuh bunga yang mampu menjadikan bunga itu mempunyai kombinasi warna yang lebih menarik apabila kita melihatnya. Bunga kertas juga, digunakan oleh segelintir masyarakat untuk dandanan rambut, campuran bunga untuk mandian pewangi dan sebagai kegunaan di upacara pengebumian bagi kaum Cina dan India. Bunga ini juga terdiri daripada pelbagai jenis warna seperti jingga, merah, merah jambu, merah pucat, kuning, ungu, putih dan pelbagai campuran warna. Penanaman pokok bunga kertas ini memerlukan cahaya matahari dan mengurangi air dari segi penjagaannya agar pokok kekal lama.