View allAll Photos Tagged bunga
Motif bunga ros.
Format menegak depan dan belakang sama design utk kedua majlis lelaki dan perempuan.
Mcm Rafflesia kah? Ini bunga kaktus yang boleh didapati di rumah ibuku. Agaknya berapa usia pokok kaktus ini sampai boleh keluarkan bunga? Aku pun tidak pasti
8:35 AM Sat, August 30, 2008
Aku ambil gambar ni masa cuci kereta. Inilah bunga Buah Naga yang kebelakangan ni begitu banyak di tempat kita.
Kali pertama bunga raya yang dibeli sejak 4 minggu lepas berkembang setelah bertungkus lumus 'menyelamatkan' kudupnya dari gugur.
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
"Blue for You" - rose in H's garden. A new release in 2007! A fabulous new colour (mauve to blue) - probably the nearest to a true blue we have yet seen and it comes with a sensational fragrance.
Bunga ini didapati di tepi perumahan Kg Melawi, Bachok, Kelantan. Umumnya, Pokok Bunga Kertas ini dalam bahasa Inggeris iaitu "bougainvillea" mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik. Nama botani bunga ini juga Bougainvillea spp.
Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvilla, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.
Pokok bunga kertas ini juga tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.
Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun sekirannya dijaga dengan betul. Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.
Ukuran: 20cm x 11cm
Bahan: Katun lokal
Desain: Pribadi
Pemesanan:
www.facebook.com/NusaIndahRajut
email: kani_indah@yahoo.com