farrisn
Ujian dari Ilahi
Sudah lama ingin menulis tentang kemalangan yang berlaku baru-baru ini, tetapi asyik tidak berkesempatan. Kejadian yang berlaku kalau diikutkan hanya melibatkan kerosakan yang kecil, tetapi hikmah disebalik kejadian, dan pengajaran yang boleh diambil bagi diri saya dan keluarga amatlah besar. Baiklah, ia berlaku di kawasan Kok Lanas, Kelantan semasa kami dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk majlis kahwin adik perempuan.
1130: Berhenti di lampu isyarat Kok Lanas, berada di hadapan sekali.
1132: Lampu isyarat menunjukkan hijau, tangan memegang gear untuk tukar dari 'N' ke 'D'. Tiba-tiba bunyi kuat merempuh belakang kereta. Terus melihat ke belakang, dan nampak dengan jelas, gril depan Mitsubishi Pajero (tahun 80-an) melekat di belakang kereta.
Mujurlah Faheem & Nuha yang yg sedang berbaring tido di kerusi belakang kereta tidak tercampak ke depan. Bahkan, mereka tak sedar pun. letih benar nampaknya.. :)
1135: Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, terus melintas lampu isyarat dan kami berhenti di tepi jalan.
1140: Perasaan bercampur baur, bila melihat pemandu Pajero yang melanggar belakang berkali-kali meminta maaf kerana katanya tidak sengaja. Mungkin ada sedikit perasaan merah dan tidak puas hati kerana ianya berlaku kerana kelalaian org lain. Cuma mungkin perasaan itu hanya sebentar, dan hilang dlm masa yg sekejap kerana mengingatkan ketentuan Allah yang perkara tersebut berlaku. Cuma perasaan yang berlarutan ialah memikirkan kesusahan yang bakal dihadapi nanti, jika perlu masuk bengkel dan sebagainya. Tambahan pula kereta amatlah diperlukan untuk persiapan majlis perkahwinan adik pada esok hari.
1150: Berlalu dari tempat kejadian, dengan bonet dan bumper yang kemek selepas mangambil nombor telefon pemandu Pajero - Suhaimi. Dia berjanji yang semua kerosakan akan diuruskan esok hari. Tapi saya perlu menghantar kereta ke bengkel nya di Tumpat. Aahh..satu hal lagi nak kena ke Tumpat plak esok. Kerja mesti lah banyak, terutama di dewan untuk majlis perkahwinan malam nya. Sabar...bertahan...
Esoknya:
0930: Menuju ke Tumpat, berhampiran JKR. Selepas pusing2, baru laa jumpa JKR Tumpat. Suhaimi kemudian sampai dengan Pajero Hitam (yg langgar kami tu laa) dan meminta kami ikut ke bengkel berdekatan.
1000: Suhaimi ni kelihatan tenang jer, tapi memang tengok gaya memang komited untuk repair kerosakan kereta saya tuh. Lepas sampai ke bengkel, 'pomen' pun keluar tgk bahagian yg rosak. Selamba jer pomen nih, dengan kain pelikat, baju pun tak pakai. Bila tengok jer, ermmm..."Boleh ni Be, takdop hal nih, buleh buat...tapi kereto demo keno tinggal laa sinih..tengok laa esok pagi ko siap, bulem amik"...naahh...style konfiden gitu.
1010: Setuju dengan urusan untuk meninggalkan kereta di bengkel.
"Mi, kawe tinggal keto sini, pahtu kawe nih xdop keto doh nok balik Kota Bharu nih. pahtu arinih nok pakai
keto pasal nok setel urusan adik kahwin nih, banyok benda lagi tok siap", kata saya.
"Gini Be, demo amik pajero kawe nih dulu, esok siap kito hantar keto Abe kat KB, takdop hal", jawabnya
Suhaimi. Memang tak berkira mamt nih, senang urusan.
Pejero pun, Pajero lahh. Bila tengok pajero yang akan di pinjam, fuuhhh....sempoi, memang cukup
lengkap dengan tayar dengan lumpur dan sebagainya. Tapi apa nak kesah, janji ada kenderaan. Terus di
hulurkan kunci, dan saya yg ditemani adik lelaki balik ke KB dengan bajero bagak tu.
Tiba di rumah KB, terus mengangkut barang2 hiasan dan keperluan untuk dihantar ke dewan di Bazar Tg Anis, KB. Oleh kerana ruang belakang pajero yg amat luas, kebanyakan barang boleh sumbat sekali jalan sahaja. Kalau guna kereta, konfem 2-3 trip berulang. Jimat masa dan tenaga.
Petang nya pulak, pemilik dewan buat hal. Dewan tempah untuk 20 meja, tapi hanya disusun 18 meja sahaja. Alasan = tak cukup ruang untuk muatkan lagi meja. Adik lelaki saya yg sudah lama bekerja di hotel dan menguruskan majlis2 yg besar, kelihatan tersenyum sahaja. Kitaorang pun susun semula meja di dewan tersebut mengikut hotel punya 'standard arrangement' dan hasilnya boleh memautkan 2 lagi meja kosong dengan ruang legar seluas 5' X 10' lagi dihadapan pentas.
Tapi pemilik dewan tak puas hati kerana dia terpaksa menyuruh anak buah nya untuk mengambil kerusi tambahan sebanyak 20 bijik di hotel berdekatan (hanya 500 meter dari dewan). Jadi dia buat alasan mengatakan tiada orang untuk menolong, tetapi jika kami masik hendak menambah 2 meja, kerusi hendaklah kami ambil sendiri dari hotel tersebut dan bawa ke dewan. Beginilah kalau orang Melayu berniaga. Sama agama pun tak boleh nak tolong. Haprakk....
Jadi sekali lagi 'Pajero Hitam' digunakan untuk mengangkut 20 buah kerusi dari hotel ke dewan. Hanya sekali perjalanan sahaja, 20 buah kerusi disusun rapi di bahagian belakang.
Malam nya, majlis resepsi berjalan lancar. Alhamdulillah.
Pukul 11 malam selepas majlis, Suhaimi menelefon mengatakan kereta saya sudah siap di baiki.
Saya bertanya, kenapa dia tergesa-gesa untuk mengambil Pajero malam itu juga, dan katanya Pajero tersebut nak digunakan nya untuk mengangkut pasir pula di kawasan rumahnya di Tumpat esok harinya. Tersenyum.
Kami berjumpa di depan 7-Eleven Taman Uda Murni. Berborak-borak seketika sambil saya melihat keadaan bumper dan bonet kereta saya yang dibaiki. Wah..memang seperti baru. Cat pun sudah kering. Bagus kerja bengkel nih. Kemudian, masing-masing menyerahkan kunci. Kami semua tersenyum lega. Saya pula telah lupa dengan perasaan gelisah tak senang duduk yang dialami semalam selepas kena langgar dengn 'Pajero Hitam' Suhaimi. Selepas mengucapkan terima kasih dan memberi salam, kami semua beredar pulang.
Owh, sebelum terlupa. Malam itu juga pasukan bolasepak Kelantan menjadi Juara Piala Malaysia tahun 2012!!
Kegembiraan berganda...
Nota kaki:
Sungguh banyak hikmah di sebalik kejadian yang menimpa kami ini. Allah hanya menguji hamba-Nya dengan kesusahan yang sedikit, tetapi diberikan nikmat dan kemudahan yang banyak di sebalik itu. Masya Allah..
Tetapi kita (secara spesifik nya 'saya') telah gagal dalam melihat semua ini, disaat saya diuji, di saat ianya berlaku, betul di hati saya redha, tapi keluhan masih terkeluar dari mulut akibat kebodohan dan kejahilan diri.
Sesungguhnya, Allah lah perancang yang Maha Hebat.
Ya Allah...Aku pohon keampunan dari-Mu!