doBot
Kenangan dan bendera
Istana Kenangan yang dijadikan Muzium Diraja ini telah dibina pada tahun 1926 oleh seorang tukang berbangsa Melayu dari Bukit Mertajam bernama Encik Sopian dan dibantu oleh dua orang anak lelakinya Zainal Abidin dan Ismail. Istana ini dibina atas perintah Almarhum Sultan Iskandar sebagai tempat persemayaman sementara baginda, disebabkan pada waktu itu Istana Iskandariah masih di dalam proses pembinaan. Sebelum ini, baginda bersemayam di Istana Negara, tetapi istana itu telah dirobohkan kerana tapaknya digunakan sebagai tapak Istana Iskandariah sekarang.
Pada asalnya istana ini dikenali sebagai Istana Lembah, sesuai dengan kedudukannya di suatu kawasan tanah lembah dan ia juga sering disebut sebagai Istana Kuning disebabkan kebanyakan bahagian istana ini dicat dengan warna kuning. Nama Istana Kenangan hanya digunakan bermula pada tahun 1960-an, iaitu setelah istana tersebut diperbaiki semula dengan usaha YTM Tunku Abdul Rahman.
Istana yang telah dijadikan muzium ini pernah mencatatkan peristiwa sejarahnya yang tersendiri. Istana ini pernah menjadi tempat bersemayam Almarhum Sultan Iskandar dari tahun 1931 sehingga tahun 1933 sebelum baginda berpindah ke Istana Iskandariah. Istana Kenangan juga sering dijadikan Istana Tetamu terutama pada hari-hari perayaan dan adat istiadat diraja seperti Hari Keputeraan dan lain-lain. Khusus bagi kaum keluarga diraja, istana ini juga dikenali sebagai Istana Mayat disebabkan ianya pernah digunakan sebagai persinggahan jenazah-jenazah keluarga diraja untuk disempurnakan sebelum dimakamkan.
Dari segi bentuk seni binanya, Istana Kenangan ini melambangkan seni bina Melayu tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan. Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan istana ini dan pada kebanyakan bahagian istana ini dihiasi dengan ukiran yang melambangkan corak tradisional. Ini ditambah lagi dengan corak anyaman dinding tepasnya yang berkelarai.
Bangunan Istana dua tingkat ini dibina di atas 60 batang tiang yang panjangnya lebih kurang 42 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini agak unik jika dipandang dari bahagian atas bangunan iaitu ia berupa sebilah pedang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bentuk ini amat bersesuaian sekali kerana pedang adalah salah satu dari alat-alat kebesaran diraja Negeri Perak.