deyna rashid
Your footsteps
"The snow..
Will one day melt..
And will be gone..
The traceable footsteps in it..
Will disappear..
And leave nothing behind..
And so will my story..
It will end..
But it will leave me..
A remembrance to be kept..
In a music-box of memories.."
Entah kenapa, dalam kesibukan diri, tiba-tiba hati rindu pada seseorang. Seseorang di tanah air yang aku gaduh dengan sebelum balik ke UK tempoh hari. Tak sempat aku nak cakap sesuatu, tapi dia sudah menghilangkan diri. Tak sempat aku nak luahkan sesuatu tapi dia sudah melangkah pergi. Tiada lagi kata-kata penyejuk hati seperti biasa. Tiada lagi ayat-ayat cinta sebelum aku terbang jauh ke sini (ok, geli geliman..)
Ok cut the crap. Sebenarnya, aku rindu Nazme yang teramat :( tapi sehari sebelum aku balik ke UK haritu, aku gaduh dengan dia. "Mak na tanak sayang Nazme dah!" konon-konon merajuk, sebab dia tanak dengar cakap aku. Haha.. "Ok lah! Nazme pun tanak sayang Mak Na!" dia lari meninggalkan aku, pergi sambung main game.
Masa aku salam-salam semua kaum keluarga sebelum ke airport sambil menangis teresak-esak, aku panggil Nazme dan peluk dia sekuat hati. Tak sempat nak minta maaf dengan dia. Tapi dia tengah main game masa tu, tak kuasa kot nak layan aku. Haha..
Tapi betul, aku terkilan sebab gaduh dengan Nazme sehari sebelum aku balik UK. Menyesal, sebab aku lupa yang dia tak selamanya menjadi seorang kanak-kanak berusia 5 tahun. Dan sebab aku pun tak tahu bila lagi ada peluang balik Malaysia, mungkin Nazme yang bakal aku jumpa nanti, dah besar dan tanak dilayan seperti budak kecil lagi.
"Mama, Nazme nak ikut Mak Na balik UK boleh? Nazme nak main snow nak buat snowman" tanya Nazme kepada kakakku, sehari selepas aku sampai Malaysia tempoh hari.
Setiap kali aku nampak snow, kesejukan dan kedinginan angin betul-betul meresap ke tulang sumsum. Ditambah dengan kesejukan hati aku merindui Nazme, sejuk yang teramat perit terasa seperti ingin masuk dalam oven!
Ok aku dah merepek ni. Tapi betul, aku rindu Nazme yang teramat sangat :(
Maafkan aku andai ku tak sempurna. Tapi jika aku ada kuasa, kan ku bekukan detik ini, agar kau terus menjadi pojaan hatiku. ya Allah, jadikanlah anak-anak saudaraku anak-anak yang soleh dan solehah, penyejuk mata ayah dan ibu, pembangga ummah yang berjaya, insyaAllah..
p/s: gambar diambil semasa kami meredah salji yang agak lebat untuk ke dewan peperiksaan. MasyaAllah, sejuk yang menggigit tulang dan organ dalaman!!