Back to photostream

Eiffel Tower, Paris: A World of Difference

Alhamdulillah I touched down in KLIA last Monday evening. The next day, early in the morning, I pulled off to Melaka. "Baru balik Malaysia dah nak keluar?". Oh sungguh ramai orang yang mempersoalkan. Huhu.. Maaf jika ku tidak menunaikan hak ahli keluarga terutamanya. Tapi aku sudah spend time dengan Abang dan Mak di Paris dan London 3 minggu sebelumnya. Jadi, sekarang tiba masa aku menunaikan hak orang lain.. Tak sempat aku nak melayan jet lag. Hoho..

 

On Monday night, I intended to book my bus ticket to Melaka online. "Alamak, kat sini mana ada National Express!" I forgot. Hence, no online booking that night.

 

Di KTM station, hendak ke puduraya, jam menunjukkan waktu 9pagi. Tertera "Rehat/Break" di kaunter tiket. OH! SUNGGUH KU TERKEJUT! Terasa seperti ingin menjerit sekuat hati!

 

Setibanya di Puduraya.. "Dik, nak pegi mana?" tanya seorang jejaka bertopi hitam. "Melaka" jawabku sopan santun. "Jom ikut abang" dan aku mengikutinya sehingga ke kaunter. Dia menulis sesuatu dan hampir saja dia 'book' tiket basku tapi sempat ku menyelit "Eh bang, saya nak naik Transnasional sebenarnya" jawabku sopan santun. "Hek eleh, tadi tanak cakap!! Sial betul!" =o aku terkedu. Adakah aku masih di planet bumi? Why is he not making any sense? Mana adab? Mana attitude?

 

Aku mengomel seorang diri. "Jangan la compare Malaysia dengan UK. Memang laa lain! Tapi kau kan kat Malaysia, buat laa cara orang sini. Jangan laa expect tinggi" kata kawan. Tapi Rehat pukul 9 pagi????!!! And cursing unnecessarily like *&^%$#$%^&*???!!! That is sooo unacceptable!!!

-------------------------------

So I went to see some friends. And got the chance to go to a suburban school for a motivation camp.

 

"Akak, saya teringin nak belajar jadik doktor macam akak, tapi saya tak pandai, saya tak mampu"

 

"Akak, susah la belajar Sains dengan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Cikgu pun terpaksa terang dalam Bahasa Melayu sebab kami tak faham"

 

"Kenapa akak datang kejap sangat? Lawat laa kami lagi. Kami seronok sangat jumpa akak"

 

Oh! Hampir saja ku menitiskan air mata T_T Sayu sungguh!!

-------------------------------

Petang tu, aku terus bergegas ke Lembah Beringin, melawat kolej terchenta, berjumpa dengan adik-adik kolej.

 

"Kak Dina, if I want to do medicine, what subjects should I take for my AS Level? Science or Non-Science? Economics or English Literature? If I were to apply to Oxford and Cambridge, what are the requirements? How are the assessments carried out? I'm a Bank Negara scholar and I'm one of the Skim Kijang Emas award recipients"

-------------------------------

On my way back to Bangi, I reflected upon my experience. 2 different worlds. Paginya aku berjumpa dengan adik-adik yang serba kekurangan. Petangnya aku berjumpa dengan adik-adik yang ber'speaking' belit-belit dan pandai-pandai belaka. Skim Kijang Emas lagi tu! Oh! Sungguh 2 dunia yang berbeza!

 

I always resented the statement of "Life is unfair" because I used to believe that Allah itu Maha Adil. Kehidupan ini tak pernah tidak adil. Semuanya adil belaka. Namun pada hakikatnya, Life is indeed unfair!

 

But my beliefs to Allah the Most Fair and Most Just stand still. Allah memang Maha Adil. Namun keadilanNya tidak terbanding kerana adanya Hari Pembalasan. Di mana ketidakadilan di dunia akan terbalas di sana. Di dunia, mungkin perbezaan harta benda, pangkat dan jawatan, tahap pendidikan menjadi isu, tetapi segalanya tidak bermakna apa-apa di akhirat kelak. Akhirnya, yang membezakan seseorang dengan seseorang yang lain bukan harta benda, bukan pangkat dan pendidikan, tetapi TAQWA. Dan orang-orang yang bertaqwalah golongan yang mendapat kejayaan teragung dan hakiki.

 

Aku mungkin marah dan bengang dengan pakcik kaunter tiket komuter dan tiket bas. Tapi di akhirat nanti, ketaqwaan mereka mungkin akhirnya akan melebihiku. Aku mungkin beruntung daripada adik-adik di sekolah kampung itu, tapi di sana nanti, mereka mungkin berada di darjat yang lebih tinggi.

 

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Aali Imran : Ayat 133)

 

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar”. (Surah al-Anfal: Ayat 29)

 

panjang pulak aku bebel.

13,773 views
0 faves
6 comments
Uploaded on July 17, 2009
Taken on July 7, 2009