Back to photostream

Jika ada waktu

Jika ada waktu

Ceritakan pada ku tentang silammu

kenapa kau terbang begitu jauh..,

Hingga sayapmu patah ,lantas merayap.

Di ratah bumi.

 

Nanti catatkan ...

Apa kisahnya.

Bila kau melakar waktu yang terlewat,

Menghitung hari yang kian lambat,

Waktu yang tersekat,

Dan kehidupan yang kosong.

 

Kabarkan.

Kegembiraan apa yang kau mimpikan,

Sedangkan kau tak pernah tertidur

Walau sekelumit hidupmu.

 

 

Lihat ombak itu..

Berubah dan merubah,

Tak ada sesiapa yang peduli...

Kecuali kita yang memerhati.

Dan mencari malah mahu berkongsi.

Apa yang kita tinggalkan.

 

Jika ada waktu

Kita datang lagi kesini.

Duduk diam dan berpandangan.

Pada senja yang kian melabuh

 

BMZ

 

 

417 views
3 faves
3 comments
Uploaded on September 27, 2014
Taken on September 13, 2014