Back to photostream

MQL4 Trading Programming Language

MQL4, MetaQuotes Language version 4. Itulah programming language yg sangat berkuasa dalam platform Metatrader4 yg digunakan secara berleluasa oleh pasaran matawang. Kod bahasanya menyerupai C++. Bagi yg tidak biasa, bahasanya memang ambil masa utk dikuasai. Tapi, dengan teknologi yg terkini, sesiapa yg mempunyai asas dalam mana2 programming language, masih mampu utk mengunakan MQL4 dalam sebagai salah satu instrumen dalam perdagangan matawang mereka.

 

Kenapa MQL4 ini sangat penting kepada pedagang2 moden dan kenapa ia salah satu ilmu yg perlu dikuasai oleh pedagang matawang yg ingin menguasai pasaran matawang? Kerana, dengan programming language MQL4lah pedagang mampu menjalankan urusniaga jual beli matawang secara automatik, tanpa diganggu oleh emosi, dan membuka setiap dagangan dengan penuh disiplin berdasarkan strategi yg telah ditetapkan dan telah dikaji akan keberkesanannya oleh pedagang itu sendiri.

 

Dan untuk mengkaji keberkesanan sesuatu strategi, pedagang matawang perlu membiarkan strateginya bertindak ke atas pergerakan harga matawang berdasarkan kepada data harga matawang pada masa lalu. Dengan MQL4 language, pedagang matawang mampu melakukan simulasi ke atas strateginya bermula dari tahun 2001 sehinggalah tahun 2009 dalam masa hanya beberapa jam atau hari, bergantung kepada komplikasi kira2 yg diperlukan oleh strateginya. Di akhir ujiannya, pedagang akan tahu sama ada strateginya berkesan atau pun tidak. Sekiranya tidak berkesan, maka, pedagang tersebut boleh mengubah strategi dan programnya dan uji sekali lagi. Begitulah seterusnya sehinggalah pedagang tersebut puas hati dengan strateginya.

 

Tanpa MQL4 language, adalah mustahil untik para pedagang menguji keberkesanan strategi mereka kerana beratus juta data harga perlu diproses bagi mengkaji keberkesanan strateginya agar ia utuh dan tidak jatuh dalam jangka masa yang panjang, walaupun ketika keadaan ekonomi yg agak tidak memberangsangkan.

185 views
0 faves
0 comments
Uploaded on May 22, 2009
Taken on May 20, 2009