Back to photostream

Annabel

Maksud(dalam BM) talkin yang selalu dibaca utk orang yg

meninggal dunia.

 

Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang,

sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah

mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik

yg

kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat,

InsyaAllah..

 

WALLAHU A'LAAMM.

 

 

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang

berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang

menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran

untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada

orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan

jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa

menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah

Taala.

 

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin

IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa

bersama-sama dari dunia ini. Sekara ng kamu telah menuju masuk ke negeri

Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan

sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu

Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang

kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu

Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah

kamu berdukacita dan risau serta jan ganlah kamu susah-hati dan terkejut.

 

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu

hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka

menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat

dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,

janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,

mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari

masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad

dur rasulullah".

 

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang

paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam

Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula

untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

 

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,

soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,

bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan

berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala

amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan

neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

 

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu

disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua

yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah

Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada

kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan

akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima

segala amal kebajikan kamu.

 

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak

disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

 

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham

dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar

berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,

yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati

dengan kesabaran." Surah Al-A'sr Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah

pesanku walaupunpun satu ayat..."

 

 

2,838 views
0 faves
1 comment
Uploaded on June 21, 2005
Taken on October 6, 2003