Back to photostream

Silhouette 1 (Before treatment)

"Ya Allah! Ya Tuhan Kami... Do'a ku buat keselamatan saudara Se Islamku di Gaza... Bagaimanakah keadaan mereka ketika ini?? Berikanlah kekuatan yang luar biasa buat mereka Ya Allah... Berikanlah kemenangan atas perjuangan pihak Islam dan para mujahidin. Sesungguhnya kau lebih mengetahui dari hambaMu yang lemah ini."

 

Sama-samalah kita mendo'akan keselamatan mereka yang kini telah terkepung dan telah terhalang dari dunia luar...

 

Di manakah pemimpin2 yang menjadi jiran mereka? Mengapa mereka mendiamkan diri dan membiarkan saudara se Islam mereka menerima kesengsaraan yang begitu memilukan setiap jiwa manusia yang menyaksikannya.. Sanggupnya mereka membiarkan saudara mereka di zalimi... Pintu keluar masuk sempadan semua di tutup oleh jiran mereka..tiada perasaankah mereka atau takut dengan pihak lawan... Mengapa perlu takut.. bukankah Allah telah menjanjikan Syurga buat mereka yang berjihad kerana Allah!

 

Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana susunan batu-bata sebuah bangunan, yang satu menguatkan yang lain. (maksud hadis ).

 

Kenapa ada benci pada sesuatu yang tidak sepatutnya kita membenci. Kenapa kedekut kasih sayang pada orang yang sepatutnya kita memberi? Kenapa bakhil kemaafan pada orang yang menyakiti? Kenapa tiada ukhuwwah, padahal insan lebih mulia daripada haiwan. (Kata-kata Hukama')

 

 

2,206 views
5 faves
13 comments
Uploaded on February 6, 2009
Taken on August 25, 2007