Back to photostream

Lampu jalan baru dan lama

Terdapat dua fenomena optikal utama yang perlu diambil perhatian semasa memasang lampu jalan.

 

Keadaan rabun malam atau kehilangan penglihatan malam disebabkan refleks akomodasi mata pemandu menjadi ancaman utama. Setelah pemandu keluar dari kawasan gelap ke kawasan yang diterangi cahaya lampu jalan, anak mata pemandu dengan pantas mengecut untuk menyesuaikan mata dengan cahaya yang lebih terang, tetapi setelah meninggalkan kawasan cahaya tersebut, keupayaan anak mata untuk menyesuaikan kembali dengan cahaya yang lebih malap adalah lebih perlahan, jadi pemandu memandu dengan penglihatan yang kurang baik. Semasa pemandu semakin meningkat usianya, pemulihan mata menjadi lebih perlahan, maka masa serta jarak memandu di bawah keadaan penglihatan kurang baik semakin meningkat.

Lampu kepala dari arah hadapan lebih mudah dilihat pada latar belakang hitam daripada latar belakang kelabu. Kontars yang lebih tinggi menghasilkan tahap kewaspadaan yang lebih baik terhadap kenderaan dari arah hadapan.

Voltan terbiar menimbulkan kebimbangan di banyak kawasan bandar. Voltan terbiar terhasil akibat kebocoran voltan elektrik pada tiang lampu, menjadikan tiang lampu menjadi "hidup" dengan arus elektrik yang berpotensi untuk mencederakan atau membunuh sesiapa sahaja yang menyentuhnya.[8] Sesetengah bandar raya menggunakan teknologi Penutup Perlindungan Keselamatan yang melindungi orang ramai daripada risiko renjatan elektrik serta membunyikan siren amaran serta mengelipkan lampu untuk memberi amaran kepada orang awam apabila terdapat kebocoran arus elektrik pada tiang lampu.

Terdapat juga bahaya fizikal akibat penggunaan lampu jalan. Tiang lampu menimbulkan risiko kemalangan kepada pemandu. Ia boleh dikurangkan dengan mereka bentuknya supaya mudah remuk apabila dilanggar, melindunginya dengan rel pengadang, serta mengecat bahagian bawah tiang supaya lebih mudah dilihat. Angin kencang serta kelesuan tiang juga boleh menyebabkan tiang lampu tumbang.

 

 

334 views
0 faves
0 comments
Uploaded on March 26, 2011
Taken on March 26, 2011