Back to photostream

DISEBALIK RENUNGAN

Ratapan wajah yang penuh bermakna

Memberiku seribu erti kehidupan yang sebenar,

Tanpa wajah ini tak mungkin ku lahir kedunia ini,

Keceriaannya memberiku ketenangan yang abadi,

Walaupun ku tahu kepahitan hidup yang ditempuhinya

Namun aku pasrah dengan segala-galanya...

 

Dengan kudratnya aku mampu ke menara gading,

Takkan sesekali kulupa akan pengorbanannya,

Kerana setiap keringat yang dicurahkan ke atas bumi ini

Akan ku balas dengan penuh ikhlas hati

 

Ku sanjung pengorbanannya yang tidak terhingga,

Pengorbanannya tidak boleh dibeli dengan wang

Bagai selaut api yang bergelora

Kerana itulah ku berjanji pada diriku

Segala kepahitan hidup akan ku ubah tika suatu hari nanti...

 

Disebalik renungan itulah.....

Memberiku semangat yang berkobar-kobar

Untuk menuju cita-cita yang sebenar,

Akan ku sanjungnya pengorbanannya

sampai nyawaku dikandung badan.....

 

Masitas Bt. Awang Hitam ( mas_ah87)

Kuala Terengganu

 

 

 

 

1,081 views
0 faves
6 comments
Uploaded on February 9, 2009
Taken on January 23, 2009