Back to photostream

::sahabat sejati::

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang bercerita

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan

Kerana dia juga seorang manusia

Dia juga ada perasaan takut,

Dia juga ada perasaan bimbang,

Dia juga ada rasa sedih dan kecewa,

Dia juga ada kelemahan,

Dan

Juga perlukan kawan sebagai kekuatan

Jadilah kita kawannya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa

Tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah

Dan seceria yang kita sangka

Kerana dia juga manusia mudah terluka dan kecewa.

 

Disebalik senyumannya itu

Mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan

Disebalik kesenangannya itu

Mungkin tersimpan seribu kekalutan

Kita tidak tahu

Tetapi !

Kita boleh menjadi sahabat seperti dia

Mungkin kita akan tahu.

Pernahkah kita memberi peluang untuk

Berbicara tentang bimbangnya, takutnya

Pernahkah kita menenangkan dia

Sebagaimana dia menyabarkan kita

Ikhlaskah kita mendengar kejayaan dan berita gembiranya?

Untungnya mempunyai seorang sahabat

Yang sentiasa disisi kita

Pada waktu kita memerlukan dia.

Chik [Ya]

( 3.30 a.m / 20 Feb 2009 )

 

 

3,114 views
11 faves
74 comments
Uploaded on March 13, 2009
Taken on March 8, 2009