Back to photostream

Syeikh Muhammad Abduh

Nama sebenar Syeikh Muhammad Abduh ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah.

Bapanya, Abduh bin Hasan Khairullah, merupakan seorang petani dan mempunyai salasilah keturunan dengan bangsa Turki. Ibunya, Junaidah Uthman, dikatakan mempunyai salasilah perhubungan dengan Saidina Umar bin al-Khattab r.a.. Nama Abduh diambil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w., iaitu abduhu wa rasuluh.

Beliau dilahirkan pada tahun 1849 Masihi bersamaan dengan 1265 Hijrah di Kampung Mahallat Nasr, Mukim Sujubrakhit, Daerah Buhairah, Mesir.

Syeikh Muhammad Abduh Juga meninggalkan beberapa karya yang bermutu dan menjadi sumber rujukan utama dalam dunia Islam seperti:

 

Riasalah at-Tauhid

Tafsir Juz' 'Amma

Tafsir Surah al-'Asr

Risalah ar-Raddi 'ala ad-Dahriyyin yang merupakan terjemahan karya Sayid Jamaluddin al-Afghani

Syarh Nahji al-Balaghah

Syarh Maqamat al-Badi'

at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah

al-Islam wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih

al-Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyah

 

3,287 views
0 faves
1 comment
Uploaded on January 28, 2008
Taken on January 28, 2008