Back to photostream

Jambatan M.R. Guillemard

Jambatan ini diberi nama sempena Gabenor British, Sir Laurence Guillemard. The Metro Carriage Wagon & Finance Co. Ltd, Wednesbury Works, England telah membinanya bermula pada tahun 1920 dan siap sepenuhnya pada 1924. Berukuran 609.6M merupakan jambatan terpanjang dan kedua tertua di Malaysia. Seni bina British yang menggunakan besi padu disalut warna hitam. Manakala, tapak jambatan dibina daripada bata merah dan disalut konkrit.

 

Jambatan ini merentasi Sungai Kelantan yang menghubungkan Kusial di Tanah Merah dan Paloh Rawa di Machang. Setelah beroperasi selama 16 Tahun, jambatan ini dimusnahkan oleh tentera British pada 1941 (Perang Dunia Ke-2) di Tanah Melayu. Tentera British yang berundur ke selatan Kuala Krai, telah meletupkan bentangan terakhir landasan ini bagi menyekat kemaraan tentera Jepun. Kekal lumpuh selama 7 tahun, sehingga dibina dan dibuka semula pada 7 September 1948.

 

Ketika itu, jambatan ini boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan sehinggalah ditutup kepada kenderaan lain, 1988. Penduduk setempat hanya menggunakan keretapi namun pengguna motosikal dan pejalan kaki masih boleh menggunakannya. Jambatan ini dilihat banyak membantu penduduk menyeberang untuk melakukan kegiatan ekonomi. Kini, jambatan ini hanya diguna oleh Keretapi Tanah Melayu dan juga menjadi tempat tarikan pelancong serta rakaman foto perkahwinan.

1,026 views
1 fave
0 comments
Uploaded on October 22, 2017
Taken on October 18, 2017