Back to album

Etok Salai

Etak atau nama saintifiknya Corbiculacea adalah spesis kerang yang menetap di kawasan air bersempadan kawasan air tawar dan air masin. Namun lebih kepada kawasan sungai rendah berbanding muara yang berhampiran laut. Etok atau Etak begitu sinonim dengan masyarakat Kelantan, menjadi kudapan khas ketika menikmati nasi kerabu. Etak boleh menjadi penambah selera kerana rasanya yang lemak manis. Bagi orang Kelantan, etak sudah menjadi satu kudapan yang sama seperti keropok yang dinikmati ketika bersantai menonton TV atau berkelah. Etak boleh dimasak dalam beberapa cara, antaranya gulai lemak putih, singgang, salai, dan goreng berempah. Paling popular adalah dimasak secara salai.

318 views
0 faves
0 comments
Uploaded on October 22, 2017
Taken on October 21, 2017