Back to album

Air Terjun Jeram Pasu

Jeram Pasu merupakan salah satu lagi kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Pasir Puteh, Kelantan. Jeram Pasu terletak kira-kira 8 kilometer dari simpang Kampung Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu. Air terjun ini turut memiliki kemudahan jaringan jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke sana dengan menaiki perkhidmatan bas awam, kereta persendirian dan teksi. Keunikannya, kawasan ini kaya dengan landskap hutan yang menghijau. Aliran airnya agak perlahan dan sangat sesuai untuk aktiviti berkaitan air.

159 views
0 faves
0 comments
Uploaded on October 22, 2017
Taken on October 20, 2017