Back to album

Wau

Nama lain bagi wau adalah layang-layang. Perkataan “wau” ini dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Wau merupakan permainan yang paling popular di negeri Kelantan. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung disebaliknya mengikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri. Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu.

344 views
0 faves
0 comments
Uploaded on October 22, 2017
Taken on October 16, 2017