Back to photostream

Rehal Kayu

•REHAL

SEJARAH : Rehal tradisi mempunyai falsafah tersendiri, perlu dikekalkan serta diluaskan penggunaannya. Rekaannya pula diperbaiki (dari aspek tinggi-bukaannya) dan dihebahkan pengertian, falsafah tersurat serta tersirat disebalik reka bentuknya yang lebih mempunyai nilai estetika serta simbolik dalam sejarah perkembangan budaya dan agama Islam sejak sekian lama. Pembuatan rehal bukan sekadar untuk memartabatkan seni ukiran Melayu, malah menjurus kepada tanggungjawab sebagai orang Islam yang wajib memuliakan kedudukan al-Quran. Penggunaan rehal, iaitu sejenis papan bersilang, direka untuk menampung al-Quran bagi mengelakkan naskhah itu diletakkan pada tara yang sama dengan lantai atau di bawah lutut. Justeru, kewujudan rehal bukan sahaja menjadi tanda aras ketamadunan orang Islam, malah turut memberi pintu rezeki kepada sesetengah orang yang mahir menghasilkan papan rehal yang tidak sahaja berfungsi sebagai ‘kerusi’ al-Quran, bahkan perabot hiasan.

MATERIAL: kayu

NILAI ESTETIKA: Rehal bukan sekadar memertabatkan seni ukiran melayu, malah memuliakan kedudukan Al-Quran. Keindahan coraknya juga mempamerkan kreativiti serta kehalusan seni pertukangan dalam pembuatan ukiran pada rehal kayu agar kelihatan menarik dan cantik dipandang.

BIBLIOGRAFI :

bit.ly/gadgets_cheap

www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/nostalgia-rehal-tra...

 

 

3,331 views
0 faves
0 comments
Uploaded on October 22, 2017
Taken on October 22, 2017