Muhammad Alif Farhan bin Zakaria C14A0324
Rebana Ubi Kelantan ( Warisan Tak Ketara )
Rebana Ubi merupakan satu alat permainan seperti gendang yang dimainkan oleh masyarakat Kelantan kebiasaannya.Rebana ini akan dihiasi dengan pelbagai rekabentuk dan permukaan bagi rebana ini sangat besar iaitu dalam 70 sentimeter dalam diameter dan 1 meter tinggi. Bunyi yang dialunkan selalunya ditemani dengan upacara keagamaan dalam Islam seperti Zikir. Perkataan Rebana ini adalah berasal daripada bahasa Arab iaitu 'Rabbana' yang bererti "Tuhan Kita". Pada zaman dahulu, rebana digunakan untuk tujuan komunikasi bagi jarak yang jauh. Kebiasaannya Rebana ini ditempatkan di tepi bukit dan dimainkan dengan pelbagai tempo dan ritma untuk keperluan yang berbeza seperti perkahwinan dan amaran bahaya. Pada masa kini, Rebana ini hanyalah dimainkan untuk tujuan perayaan atau aktiviti dalam masyarakat di sesetengah kampung terutamanya di Kelantan.
Lokasi: Festival Kelantan di Dataran Stadium Sultan Kota Bharu
Rujukan: The Kelantan Tradisional Arts as Indicators for Sustainability: An Introduction to its Genius Loci (Ab. Aziz Shuaib)