Faten Nadia binti Mat Yasim C14A0112
Ketupat Palas
SEJARAH
Ketupat palas merupakan salah satu makanan tradisional bagi masyarakat Kelantan, terutamanya ketika menyambut hari perayaan. Pulut akan dibalut menggunakan sehelai Daun palas yang mempunyai bentuk yang panjang. Daun palas akan dililit secara beterusan sehingga pulut dapat dibungkus dengan sempurna. Ketupat daun palas biasanya akan dimakan bersama rendang, gula Melaka dan serunding daging. Majoriti masyarakat Kelantan biasanya menggemari Ketupat daun palas yang mempunyai rasa manis berbanding biasa. Ketupat daun palas juga mempunyai perbezaan jika dibandingkan dengan Ketupat daun kelapa dan Ketupat nasi, perbezaanya boleh dilihat dari segi bentuk dan saiz.
MATERIAL
Penghasilan Ketupat daun palas biasanya melibatkan beberapa bahan asas, antaranya ialah beras pulut, santan, garam dan daun palas. Ketupat akan dibalut menggunakan daun palas untuk menghasilkan aroma yang wangi ketika dikukus.
NILAI ESTETIKA
Ketupat daun palas yang berbentuk segi tiga mempunyai tekstur yang kenyal dan manis, disamping mempunyai aroma wangi yang datang daripada bungkusan daun palas. Sudah menjadi kebiasaan, Ketupat daun palas ini akan disediakan kepada para tetamu pada musim perayaan. Disebabkan oleh permintaan yang tinggi, ada sesetengah perusahaan yang menjalankan perniagaan membekalkan Ketupat daun palas ini kepada masyarakat.
RUJUKAN
psasir.upm.edu.my/57036/1/Inovasi%2C%20evolusi%20lemang%2...
www.utusan.com.my/rencana/agama/budaya-seni-melayu-yang-t...
ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0217&...