NOR FATIHAH BINTI MUHAMAD C14A0469
Permainan Kertuk
Permainan kertuk ini cukup tidak asing bagi masyarakat Kelantan. Ianya mula terkenal di kampung Dusun Buluh Kelantan. Mengikut orang zaman dahulu, kertuk ini biasanya akan dijampi dahulu sebelum memasuki pertandingan hal ini untuk mengalahkan pihak lawan. Pada awalnya, kertuk dimainkan untuk menghalau burung di kawasan bendang padi sewaktu padi sedang menguning. Kertok pada masa kini bukan lagi sekadar dimainkan di kampung-kampung malah dimainkan di dalam upacara-upacara rasmi seperti majlis perkahwinan, memyambut orang kenamaan dan perayaan-perayaan rasmi. Bagi menambahkan tarikan dan keasyikan, adakalanya kertok dihiasi indah dan paluannya bertingkah (khoceh) yang dianggap paling merdu. keunikan alat muzik itu mampu dijadikan salah satu produk bagi menarik generasi sekarang dan pelancong asing yang sudah kurang mengenalinya berikutan ia jarang dipersembahkan dan hanya tempat-tempat tertentu sahaja yang mempersembahkan kebudayaan ini.
Lokasi: Kelantan Festival di stadium besar Kota Bharu 2017
Rujukan: pp-sk.blogspot.my/2015/02/siri-orang-kita-persembahan-ker...