Back to photostream

Bunga Raya

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga Raya atau Hibiscus Rosa telah dipilih sebagai bunga kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara.

 

Lokasi: Lembah Sireh, Kota Bharu Kelantan

Rujukan: www.kasturiemas.com/bunga-bangsa-simbol-perpaduan/

 

 

170 views
0 faves
0 comments
Uploaded on October 19, 2017
Taken on October 18, 2017