Back to photostream

Pokok Ubi Kayu

Spesies Pucuk ubi kayu ini juga didapati di Kampung Tumpat, Kelantan. Pokok Ubi kayu atau nama botaninya dikenali sebagai Manihot Esculenta Crantz iaitu sejenis tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia. Nama lain bagi ubi kayu ini adalah ubi benggala dan ubi belanda. Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan. Ðaun ubi daripada jenis ringkas dan susunannya berpilin. Tangkai daun panjang, manakala daunnya jenis tidak terbahagi dan banyak jejari yang hampir sehingga ke tengah daun. Tangkai daun berwarna kuning, hijau atau merah. Ðaunnya pula banyak mengandungi protein, banyak karotena dan vitamin C. Khasiat dan pemakanan pucuk ubikayu ini untuk merawat macam-macam penyakit seperti penyakit radang sendi, demam, luka, sakit cirit-birit, sakit kepala dan lain-lain.

828 views
0 faves
0 comments
Uploaded on October 14, 2016
Taken on October 3, 2016