fatihahibrahim
Bunga Kenanga
Nama Saintifik : Cananga Odorata
Lokasi : Banggol Chicha, Pasir Mas
Pokok bunga kenanga adalah sejenis pokok saka hutan malar hijau yang besar dan bunganya berbau harum, justeru itu bunga kenanga sering dikaitkan sebagai pokok haruman. Batang pokok bunga kenanga adalah sangat besar iaitu berdiameter 0.1 hingga 0.7 meter dan tingginya mencecah 5 hingga 20 meter, manakala daunnya berbentuk panjang, halus dan berkilau. Disamping itu, bunganya pula berwarna hijau kekuningan yang mempunyai enam buah kelopak daun dan terdapat satu buah mahkota berwarna kuning. Bunga kenanga boleh dijadikan sebagai ubat sesak nafas, mengubati malaria, mengatasi sakit sendi, kudis, masalah keputihan dan dapat merawat gigitan serangga.