Back to photostream

Panca Persada

Lokasi : Kota Bharu, Kelantan

 

Apabila pengunjung berkunjung ke Muzium Adat Istiadat ataupun lebih dikenali sebagai Istana Jahar di Kota Bharu, Kelantan sudah pasti pengunjung akan melihat panca persada ini terlebih dahulu. Hal ini kerana panca persada ini berada di bahagian halaman depan muzium. Panca persada adalah sebagai tempat Putera atau Puteri bersiram bagi istiadat berkhatan dan perkahwinan. Panca persada dibina berdekatan dengan perigi dalam kawasan istana kerana bagi memudahkan kerja untuk mengangkut air. Panca persada ini berbentuk enam segi dari struktur kayu dan terdapat anak tangga naik ke atas yang dibuat bagi upacara persiraman.

358 views
0 faves
0 comments
Uploaded on October 14, 2016
Taken on October 7, 2016