Back to photostream

Muzium Adat Istiadat Diraja

Lokasi : Kota Bharu, Kelantan

 

Muzium Adat Istiadat Diraja atau Istana Jahar merupakan sebuah istana yang terletak di bandar Kota Bharu, Kelantan. Istana ini dibina semasa pemerintahan Sultan Muhammad II iaitu semasa pembukaan bandar Kota Bharu, namun pada pemerintahan Sultan Muhammad III istana ini dijadikan sebagai Balai Besar dan tempat persemayaman baginda. Istana ini diberi gelaran Istana Jahar sempena nama sejenis pokok bunga yang menghiasi halaman istana itu. Kini istana ini dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan dan disini dipamerkan pelbagai koleksi diraja dari zaman awal sehingga kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada masa sekarang.

332 views
0 faves
0 comments
Uploaded on October 15, 2016
Taken on October 7, 2016