Planetarium Negara
nscpc2017_webbanner_bm_31 Ogos 2017
Jemputan Menyertai Peraduan Melukis Poster Bertema “United Through Space” Peringkat Kebangsaan
Planetarium Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia menjemput para pelajar Sekolah Rendah dan Menengah seluruh Malaysia untuk menyertai Peraduan Melukis Poster bertemakan “United Through Space” Peringkat Kebangsaan.
Peraduan ini adalah sebahagian daripada program Pertandingan Cabaran Angkasa Peringkat Kebangsaan Piala Perdana Menteri (National Space Challenge Prime Minister’s Trophy) 2017 yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti.
Tarikh tutup peraduan adalah pada 31 Ogos 2017 dan para pemenang akan dimaklumkan melalui laman sesawang Planetarium Negara. Bagi tiga lukisan pemenang kategori Sekolah Rendah, pihak Planetarium Negara akan menghantar lukisan mereka untuk mewakili Malaysia ke Asia-Pacific Regional Space Agency Forum ke 24 (APRSAF-24) Poster Contest yang akan berlangsung di Bangalore, India pada bulan Disember nanti.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Peraduan ini, orang ramai boleh menghubungi En Jong Tze Kian di talian 03-2273 4303 atau e-mel tkjong@planet.gov.my. Anda juga boleh layari laman sesawang Planetarium Negara di www.planetariumnegara.gov.my atau Facebook Planetarium Negara.
----TAMAT---