muhammadmustaqimhalim
MUZIUM ISLAM
Sejarah Bangunan Bangunan yang terletak di Jalan Sultan Kota Bharu adalah bekas pejabat lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Bangunan ini adalah salah sebuah bangunan yang mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang unik di bandar Kota Bharu. Kerja-kerja ubahsuai bangunan ini telah dimulakan sejak awal tahun 1991 dan telah siap sepenulmya menjelang perasmian bangunan tersebut pada 11 November 1991 dengan menelan belanja RM218 000.00. Bangunan yang diubahsuai ini memuatkan Muzium Islam Perpustakaan Islam dan asrama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al-Quran. Bangunan ini asalnya adalah rumah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan iaitu Encik Hassan bin Mohd Salleh 1900-1920 . la dibina pada tahun 1902 dan berasaskan gaya dan ciri-ciri bangunan rumah Melayu Kelantan – Pattani model penghujung abad ke-1-9 dan awal abad ke-20. Bangunan ini diperbuat daripada kayu cengal terpilih dan atapnya pula menggunakan bata buatan Singgora yang terkenal lebar tebal dan kukuh. Berbagai-bagai jenis ukiran menghiasi setiap pintu tingkap dan ruang. Pada setengah tempat pula ukiran-ukiran ini memagar ayat-ayat suci al-Quran yang digubah dalam satu seni reka dan khat yang cantik dan menarik. Daun tingkapnya pula dibuat sedemikian rupa sisik angin untuk mendapatkan udara walaupun tingkap nya tertutup. Terdapat sebuah anjung di bahagian hadapan bangunan ini yang menyerupai beberapa bangunan lain yang berdekatan seperti Istana Balai Besar dan Istana Jahar. Fungsi anjung ini antara lain ialah sebagai tempat untuk menyaksikan pelbagai upacara atau pertunjukan yang sering diadakan di padang Padang Merdeka yang terletak betul-betul di hadapan rumah berkenaart. Pada tahun 1905 bangunan ini dipilih menjadi tempat sambutan lawatan Maharaja Siam iaitu Maharaja Chulalongkorn Rama V ke Kota Bharu . Pada 3 Julai 1917 rumah ini berserta dengan kawasan telah dibeli oleh Mafflis Agama Islam Kelantan MAIK dengan harga RM15 000.00. Pada 9 Ogos 1917 bangunan ini mula dijadikan pejabat Mafflis Agama Islam Kelantan setelah berpindah dari pejabat sementaranya di flinglcat atas bangunan lama Pejabat Tanah Kota Bharu yang terletak di hadapan Istana Balai Besar sekarang sudah tidak ada lagi . Tingkat bawah bangunan ini pernah menjadi tempat belajar murid-murid madrasah Muhammadiah Melayu yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan pada tahun 1917. Penggunaan sepenuhnya keduadua tinglcat bangunan ini menjadi pejabat ialah selepas merdeka apabila sekolah berkenaan berpindah ke bangunan baru diJalan Merbau pada awal tahun 1956. Bangunan ini menjadi Pejabat Majlis Agarna Islam Kelantan selama 72 tahun 6 bulan iaitu mulai 9 Ogos 1917 hingga 15 Februari 1990 apabila Mafflis Agama Islam Kelantan berpindah ke bangunan baru di Jalan Sultan Yahya Petra Lundang. Selama tiga dekad 1920-1940 rumah ini menyaksikan pelbagai peristiwa bersejarah seperti mesyuarat-mesyuarat diskusi forum tempat menterjemah menerbit kitab-kitab dan di sinilah juga pejabat mufti pada masa itu. Pengubahsuaian Sebelum diubahsuai pada tahun 1991 bangunan ini pernah diubahsuai sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1917 dan 1962. Pengubahsuaian ini terpaksa dilakukan bagi menyesuaikan sebuah rumah kediaman kepada ruang-ruang pejabat. Tidak dapat dinafikan bahawa telah berlaku sedikit pindaan dan perubahan daripada rekabentuk asal semasa pengubahsuaian. Beberapa ukiran dan seni khat telah dibuang atau bertulcar tempat tetapi tidak sampai mefigubah ciri-ciri utama bangunan yang asal. Kerja-kerja pengubahsuaian pada tahun 1991 ini adalah merupakan ubahsuai yang paling besar pada bangunan ini. Walaupun ia rnasih mengekalkan ciri-ciri luar bangunan ini tetapi boleh dikatakan hampir keseluruhan ciri-ciri -dalaman seperti struktur bilik tangga dan pintu telah berubah atau dibuang.