Floris jesselee / jai_mcdowall
Tarian Ngajat Tampi
Persembahan Tarian Ngajat Tampi dipersembahkan oleh pelajar Universiti Malaysia Kelantan yang berbangsa Iban di Kampus Bachok sempena Pertandingan Indian Traditional Dance pada 9 Mei 2014 antara tiga kampus iaitu Kampus Bachok, Kampus Jeli dan Kampus Pengkalan Chepa. Tarian ini dipersembahkan untuk memperkenalkan keunikan dan gaya gerak-geri tarian ini. Tarian Ngajat Tampi.
Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk berayah sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.