Back to photostream

Muzium Diraja Istana Batu

Muzium DiRaja Istana Batu ini terletak dalam pusat bandar Kota Bharu. Istana Batu ini dibina pada tahun 1939 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni almarhum Sultan Muhammad Ke-IV. Keseluruhan rekabentuk istana ini diilhamkan sendiri oleh Sultan Ismail. lanya dikurniakan kepada Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab II sebagai hadiah perkahwinan.

Istana Batu telah menempa banyak sejarah seperti tempat perkahwinan kerabat-kerabat DiRaja tempat kediaman bagi raja-raja kerabat-kerabat dan tetamu-tetarnu Al-Sultan Kelantan semasa berkunjung ke negeri Kelantan.

Istana ini telah mencatat satu lagi sejarah apabila keluarga almarhum Sultan Yahya Petra mengampuni perkenan meminjamkan bangunan ini dijadikan sebagai Muzium DiRaja dan telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya Petra pada 25 Julai 1991 bersempena dengan hari ulang tahun Keputeraan Baginda yang ke-41.

281 views
0 faves
0 comments
Uploaded on October 10, 2016
Taken on October 6, 2016