Back to photostream

Akok Bunga

Kuih Akok Bunga merujuk kepada sejenis kuih tradisional yang popular di Pantai timur. Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan akok bunga atau dikenali juga akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelor. Cara pengandungan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Pada kebiasaannya akok gula melaka bewarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja bewarna hijau pucat. Akok biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Akok biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama. Akok sangat digemari kerana rasanya yang lembut dan manis berlemak. Akok boleh dijadikan sebagai juadah petang dan juga sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu. Gambar ini diambil di Pasar Jelawat Bachok Kelantan.

155 views
0 faves
0 comments
Uploaded on October 14, 2016
Taken on October 13, 2016