dsarijul
Muzium Adat Istiadat atau Istana Jahar (1920)
Jenis Warisan: Warisan Ketara (Muzium Istana Jahar)
Lokasi Kajian / Dijumpai: Muzium Adat Istiadat (Istana Jahar) Kota Bharu, Kelantan
Objek Warisan: Muzium Adat Istiadat atau Istana Jahar (1920)
Umur Bangunan: 96 tahun
Penerangan: Muzium Istana Jahar ialah antara muzium yang terkenal di Kelantan. Bangunan ini juga merupakan istana tempat bersemayan Al-Marhum Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad ke IV pada tahun 1920 – 1944 (The Official Website Of The Kelantan State Museum Corperation, 2014). Muzium ini juga dikenali sebagai muzium Adat. Bangunan ini telah dibangunkan atau dibaiki semula pada tahun 1992. Keluasan bangunan ini adalah 1822 meter persegi. Hampir keseluruhan daripada bangunan ini mempamerkan koleksi adat istiadat diraja. Contohnya, koleksi yang terdapat dalam bangunan ini ialah peralatan adat istiadat seperti peralatan bersemayam, pertunangan, melenggang perut, adat pijak tanah, berkhatan dan peralatan senjata seperti keris dan lembing. Manakala, diluar bangunan pula terdapat perigi, pelbagai jenis bentuk perahu, pasca persada dan sebagainya. Bangunan ini merupakan bangunan yang menjadi hak milik PMNK (Perbadanan Muzium Negeri Kelantan) dan telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah Negeri Kelantan pada 2005 (AKTA- 645) (Laman Web Rasmi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 2014).
Rujukan
Laman Web Rasmi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, (2014). Retrieved from Latar Belakang PMNK: www.muzium.kelantan.gov.my/v2/index.php?option=com_conten...
The Official Website Of The Kelantan State Museum Corperation, (2014). Retrieved 10 14, 2016, from Muzium Adat Istiadat (Istana Jahar): www.muzium.kelantan.gov.my/v2/index.php?option=com_conten...