Back to photostream

Muzium Diraja Istana Batu (1939)

Jenis Warisan: Warisan Ketara

 

Lokasi Kajian / Dijumpai: Muzium Diraja Istana Batu Kota Bharu, Kelantan

 

Objek Warisan: Bangunan Muzium Diraja Istana Batu Kelantan (1939)

 

Umur Bangunan: 77 tahun

 

Penerangan: Istana Batu pada asalnya telah dibina pada tahun 1939 iaitu semasa pemerintahan Sultan Ismail (Pusat Internet 1Malaysia, 2015). Bangunan ini telah dibina semula atau dibaikpulih pada tahun 1991 (Laman Web Rasmi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 2014). Bangunan ini banyak mempamerkan koleksi gambar-gambar dan barang-barang antik diraja. Berdasarkan kajian lapangan yang dibuat oleh pengkaji mendapati bahawa bangunan ini menggunakan tiga konsep ruangan utama. Ruangan pertama adalah ruangan umum iaitu ruangan untuk para tetamu diraja yang datang melawat dan mengunjungi Sultan. Lingkungan ruangan ini adalah meliputi seluruh ruang tamu muzium ini. Dalam ruangan ini terdapat pelbagai perabot dan peralatan diraja. Manakala, ruangan kedua pula adalah ruangan separuh umum. Ruangan ini juga dikenali sebagai bilik cenderamata atau hadiah rakyat kepada raja. Ruangan ini adalah tempat penyimpanan hadiah cenderamata rakyat kepada Sultan. Ruangan terakhir ialah ruangan khas untuk Sultan dan keluarga diraja. Ruangan ini dibahagikan kepada tiga bahagian bilik. Bilik pertama dikenali sebagai Bilik Kuning (Bilik Sultan), Bilik Biru (bilik anak raja) dan Bilik Jingga. Ruangan ini merupakan kawasan larangan, ia dikhaskan untuk keluarga diraja sahaja.

 

References

Laman Web Rasmi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. (2014). Retrieved from Muzium DiRaja (Istana Batu): www.muzium.kelantan.gov.my/v2/index.php?option=com_conten...

 

Pusat Internet 1Malaysia. (2015). Retrieved 10 14, 2016, from Muzium Diraja Atau Istana Batu - Buluh Kubu: buluhkubu.pi1m.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pela...

 

 

485 views
0 faves
0 comments
Uploaded on October 9, 2016
Taken on October 8, 2016