Setiap makhluk yang di cipta oleh yang maha Esa sudah sempurna . Mengapa perlu mempertikaikan keindahan yang di cipta . Walaupun sesetengah manusia menilai setiap keindahan dunia ini dengan preskripsi tersendiri , kita patut bersyukur kerana tiada yang mampu menandingi dengan hasil ciptaan nya .Kalau kita rasa kesedaran dan kebenaran itu ada untuk menjaga alam sekitar, mainkan peranan kita di penjuru masing–masing dalam menyelamatkan alam sekitar. Ia bukan hanya soal penjagaan kebersihan dan tidak membuang sampah di merata–rata, tapi soal lain yang merangkumi keseluruhan pengurusan alam sekitar itu sendiri. termasuk langkah pencegahan yang wajar kita lakukan. namun konflik alam sekitar ini tak pernah selesai dari hari ke hari. Acap kali, bahkan setiap hari kita selalu di hadapkan dengan berita-berita kejayaan tangan-tangan manusia yang memusnahkan alam.
Allah Taala berfiman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah Menyukai hamban-Nya yang bertaubat, dan menyukai hamba-Nya yang bersih” al-Baqarah (222)
Alam sekitar adalah pemberian Allah Taala yang diamanahkan kepada manusia menjaganya di samping dapat mengambil manfaat darinya dari sudut kesihatan dan keindahan pemandangan, yang lainnya mendidik jiwa menjadi tenang. Persekitaran yang indah, selesa dan selamat akan memberi peluang kepada masyarakat menikmati kualiti hidup lebih baik, sihat, produktif, dan berwawasan.

- JoinedMay 2009
- OccupationCollege Student
- HometownBukit Kapar , Klang
- Current cityIpoh
- CountryPerak
Most popular photos
Testimonials
Nothing to show.