Aku memotret dunia bukan untuk sesiapa,
Hanya merakam anugerah-Nya yang tiada tara,
Langit membentang, lautan bicara,
Segala yang wujud, tanda kuasa-Nya.
Aku memotret dunia bukan sekadar seni,
Tetapi tanda tunduk pada Ilahi,
Menyulam keindahan dalam sepi,
Agar hati tak lupa pada yang abadi.
Aku memotret dunia bukan sekadar gambar,
Tetapi sebagai tanda syukur yang mekar,
Melihat langit yang tak bertepi,
Melihat laut yang setia berbisik dalam harmoni.
Aku memotret dunia kerana aku ingin mengerti,
Betapa luas rahmat-Mu, ya Ilahi,
Setiap warna adalah tinta kasih-Mu,
Setiap cahaya adalah sinar rahmat-Mu.
Aku memotret dunia sebagai tanda cinta,
Pada Pencipta yang tiada tara,
Pada nikmat yang sering dilupa,
Agar jiwa tak hanyut dalam fana.
Aku memotret dunia dalam diam,
Mencari jejak kebesaran-Mu dalam alam,
Moga setiap bingkai menjadi saksi,
Bahawa aku tidak lalai untuk mengagumi jua mensyukuri.
Showcase
- JoinedFebruary 2010
Most popular photos
Testimonials
Nothing to show.