Back to photostream

BUNGA RAYA

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu(Hibiscus rosasinensis) dan merupakan sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga ini yang mengandungi 200-220 spesies ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau. Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih ke pada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda.

 

Bunga Raya adalah pokok renek yang berasal dari Barat Asia, yang juga dikenali sebagai Mawar China. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

 

Bunga berbentuk seperti trumpet dengan ukur lilit lima hingga 20 sentimeter tetap indah dan tersendiri kerana ia bunga yang cantik tetapi tidak menghasilkan buah. Bunga raya terbukti hebat untuk perubatan tradisional dan industri kosmetik. Bunga raya yang ada di negara ini adalah dari jenis Rosa -sinensis berasal dari China. Pokok bunga raya ini terdiri dari rumpun Malvaceae mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan warna.

 

Terdapat pelbagai jenis warna bunga raya di Kelantan iaitu warna putih, merah jambu dan merah. Bunga raya merupakan bunga yang sangat cantik bila terdapat di kawasan rumah.

 

RUJUKAN:

Bunga raya. (2010). Diterbitkan bersempena dengan sambutan Jubli Emas Bunga Raya Bunga Kebangsaan. Penerbitan buku ini bukan hanya bertujuan untuk menambah jumlah bahan rujukan dan bacaan di negara ini tetapi juga sebagai untuk mendokumenkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan negara kita yang tercinta.

Arkib Negara Malaysia, Malaysia. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

 

323 views
0 faves
0 comments
Uploaded on October 16, 2017
Taken on October 12, 2017