Back to photostream

Bunga Seroja

Bunga seroja atau nama saintifiknya Nelumbo Nucifera merupakan tanaman air yang mempunyai akar pada tanah, daun dan bunganya tidak terapung di permukaan air. Daunnya berbentuk lingkaran seakan bergelombang di bahagian tepi dengan urat daun terkumpul ditengah-tengah. Bunga ini dijadikan tanaman hiasan untuk mencantikkan landskap. Bunga seroja juga menjadi lambang suci dalam agama Buddha dan Hindu kerana terdapat kepercayaan bahawa bunga ini tumbuh diatas tapak kaki Gauthama Budda iaitu guru spiritual dari wilayah timur india. Gambar di ambil di Wat Phothikyan, Bachok

186 views
0 faves
3 comments
Uploaded on October 10, 2016
Taken on October 2, 2016