NORSALISA HAFIEZA BINTI SALAHUDIN_C13A408
SAWAH PADI, SENENG KELANTAN
Kegiatan penanaman padi di Malaysia, terutama sekali di Semenanjung Malaysia dikarakteristikkan sebagai elemen ekonomi tradisional berbanding dengan sektor-sektor lain yang lebih dinamik dan komersil. Kegiatan menanam padi juga mewujudkan kepelbagaian adat mengikut tempat. Di Kelantan dan Terengganu, padi ditanam di kawasan lembah yang dibanjiri air secara semulajadi. Terdapat sedikit perbezaan amalan penyediaan semaian diantara dua negeri ini. Petani di Kelantan menyediakan semaian anak padi di kawasan kering berhampiran rumah mereka manakala petani di Terengganu menyediakan semaian basah di dalam paya atau pinggir sungai. Kaedah penanaman padi secara memindah anak benih ke dalam sawah dinamakan padi chedongan.