Najib Razak
Majlis Perasmian Taman Tema Legoland Malaysia
Nusajaya, 22/09/2012 - Majlis perasmian taman tema Legoland Malaysia di sini berlangsung meriah dan penuh berwarna warni malam tadi dengan kehadiran ribuan pengunjung yang tidak mahu terlepas peluang menjadi saksi hari bersejarah itu.
Kemeriahan bertambah apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar turut berkenan mencemar duli merasmikan taman tema yang beroperasi di kawasan seluas lebih 30 hektar itu. Turut mencemar duli adalah Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.
Saya bersama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada dalam senarai tetamu kenamaan.
Malah, Saya turut mengumumkan berita gembira dengan pemberian tiket percuma ke Legoland Malaysia bernilai RM500,000 kepada 4,545 pelajar dari 15 sekolah dan tiga rumah kebajikan sekitar Johor.
Legoland Malaysia yang juga taman keenam seumpama itu di dunia dan pertama di Asia, dimiliki bersama Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd (TAR), Iskandar Investment Berhad (IIB) dan Merlin Entertainments Group.